Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Kedatangan mantan Presiden BJ Habibie ke Malaysia ditanggapi sinis mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin. Mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin menyebut Presiden RI Ketiga Bacharuddin Jusuf Habibie sebagai pengkhianatan bangsa. Tudingan ini dia tuliskan pada tajuk rencana sebuah media massa, koran Utusan Malaysia.

Tak hanya termuat di edisi cetak, tulisan Zainudin Maidin juga dimuat dalam laman internet harian berpengaruh di Malaysia itu, pada Senin (10/12) kemarin.

Berikut ini tulisan Mantan Menteri Penerangan Malaysia yang dimuat www.utusan.com.my

PRESIDEN Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).
Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999.
Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi presiden sejak 20 Oktober 1999.

Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.
Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).
Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara.
Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib yang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu.
Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah ‘dipungut’ daripada ABIM.
Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.
Apakah tujuan Anwar menjemput ‘pengkhinat’ bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.
Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi presiden). Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.
Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan “aku lebih besar" dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia.
Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini pun untuk tujuan menunjukkan “kami berdua masih besar."
Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.
Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism.


Bagaimana pendapat Habibie? 

"Semalam beliau juga sudah membaca (tulisan itu). Beliau hanya tertawa terbahak-bahak. Sikap Pak Habibie biasa saja. Katanya, itu kan pendapat pribadi, biarkan saja," ujar Direktur Eksekutif The Habibie Center, Ahmad Watik Pratiknya, seperti yang diberitakan detikcom, Selasa (11/12/2012).

Menurut Watik, dalam dunia demokrasi wajar saja ada pendapat berbeda tentang suatu hal. Apalagi Zainuddin menulis tentang Habibie dan Anwar Ibrahim atas nama pribadi.

Senada dengan apa yang disampikan Ahmad Watik Pratiknya ,Menurut Direktur Eksekutif Habibie Center, Ima Rohimah, Habibie menanggapinya dengan santai. "Bapak memilih konsen ke film, juga pesawat. Tetap berpikiran positif dan berkonsentrasi pada hal yang positif," kata seagaimana yang dilansir Liputan6.com, Selasa (11/12/2012).

"Bapak mengatakan ini berkali-kali dalam sejumlah kesempatan. Kalau ada yang menghina kita, anggap sebagai pujian. Bayangkan, dia berjam-jam memikirkan kita, sementara sedetik pun kita tak memikirkan dia," kata Ima.

Apalagi, apa yang disampaikan Zainudin Maidin tak lebih dari sekedar asumsi. "Kami juga tak merasa perlu melayangkan surat protes. Lebih baik energi yang ada dimanfaatkan untuk hal positif."

Ima menambahkan, pihaknya menilai, apa yang dilakukan Zainudin Maidin adalah pendapat pribadi. "Pak Habibie menjunjung tinggi demokrasi, tetap santai. Boleh dong semua orang berpendapat," kata dia. Demikian pula Indonesia sebagai negara demokrasi, yang menjamin kebebasan berpendapat dan kebebasan pers.

Ima menegaskan, tujuan Habibie datang ke Selangor dan berpidato di depan mahasiswa adalah untuk memberi angin segar. "Memberi semangat, apalagi banyak mahasiswa Indonesia di sana, sebagai duta bangsa," kata dia. "Bukan untuk memperuncing hubungan Indonesia-Malaysia."

Apalagi, antara Habibie dengan Anwar Ibrahim juga bukan hubungan politik. "Melainkan persahabatan yang dijalin lama. Saat Pak Anwar ke luar penjara dan dirawat di Muenchen, Pak Habibie dan Ibu Ainun yang merawat. Mereka seperti adik dan kakak.


Pernyataan Zainudin itu pun langsung mendapat tanggapan serius dari Anwar Ibrahim. Anwar menyebut pernyataan Zainudin dangkal dan berprasangka keji.

"Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu," tulis Anwar Ibrahim, Selasa (11/12/2012). Maksud dari pernyataan itu, Zainudin merupakan menteri yang kalah saat pemilu lalu dari Partai Keadilan Rakyat, yang merupakan partai oposisi.

Anwar pun meminta pernyataan Zainudin tak perlu ditanggapi dengan serius. Karena, pernyataan itu bersifat pribadi, tak mewakili sikap rakyat Malaysia.

"Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia," tulisnya.




Berikut pernyataan lengkap Anwar Ibrahim:

SERANGAN KE ATAS BJ HABIBIE: KENYATAAN ZAINUDIN MAIDIN DANGKAL, BERPRASANGKA KEJI

Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO.

Tulisan Zainudin Maidin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia. Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan UMNO sebagai 'pengkhianat'.

Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.

Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia. (utusan/liputan6/detik/merdeka)      

About Muslim Menjawab

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments: